BERITA HIBURAN

Zulkifli tinggal kerjaya wartawan demi lakonan

PELANGISLOT – Zulkifli tinggal kerjaya wartawan demi lakonan Siapa sangka minat menonton dan singgah menyaksikan latihan teater selepas pulang kerja ketika bertugas sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan membuka ruang kepada Zulkifli Ismail, 58, bergelar pelakon.

Perjalanannya dalam dunia lakonan boleh disifatkan secara tidak sengaja ketika sedang duduk bersantai menyaksikan latihan teater yang giat dijalankan.

“Saya meminati dunia lakonan, namun ia hanyalah minat yang terpendam. Ketika masih bertugas sebagai wartawan, saya banyak menghabiskan masa menonton latihan kerja sebaik pulang kerja.

“Saya selalu singgah di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyaksikan teater dan sesi latihan. Suatu hari, saya ditegur pelakon, Allahyarham Nasir Ali.

Zulkifli tinggal kerjaya wartawan demi lakonan

“Arwah tanya adakah saya berminat berlakon, tetapi ia bukan untuk produksi teater dijayakan, sebaliknya stesen TV3 sedang mencari ramai pelakon tambahan yang muda dan berwajah seperti pelajar untuk drama. Lalu, arwah menghulurkan nombor telefon untuk saya hubungi,” imbau Zulkifli.

Aktor yang cukup dikenali menerusi watak DSP Razlan menerusi drama bersiri, Gerak Khas berkata, keesokannya tanpa berlengah terus menghubungi nombor diberikan arwah Nasir dan diminta datang ke TV3 menjalani uji bakat.

Baca Juga : Kemenangan Besar Lainnya Hanya di PelangiSlot

“Saya menghubungi nombor diberi dan diminta penerbit, Adman Salleh untuk datang ke pejabat yang terletak di Jalan Liku, Bangsar untuk sesi uji bakat.

“Saya disuruh menghafal skrip dan diminta berlakon. Banyak juga soalan diajukan. Selesai uji bakat, Adman beritahu, dia nampak bakat saya, cuma watak pelakon tambahan tidak sesuai untuk saya.

“Adman merasakan saya lebih layak memegang watak utama atau pembantu. Beliau berjanji memanggil saya sekiranya ada watak lebih sesuai. Ketika itu, saya anggap Adman hanya ingin menyedapkan hati saya. Barangkali, itulah caranya menolak saya dengan baik.

“Bagaimanapun, sebelum berlalu, Adman sempat pesan supaya jangan memotong rambut,” kongsinya kepada BH Online.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.